Penjagaan kebersihan dan
kecantikan bukan sahaja dituntut dalam Islam malahan tidak kira apa anutan
sekalipun lumrah manusia memang suka pada kebersihan. Bermula
dari hujung rambut ke hujung kaki setiap inci badan akan dipastikan terjamin
kebersihannya. Namun, ramai tidak menyangka ada satu masalah kebersihan
dimiliki oleh setiap orang.
Masalah pernafasan berbau!
Pernafasan berbau paling ketara
terutamanya pada setiap pagi. Tiada orang yang terkecuali walau sekerap mana
dia mengosok gigi pun.
Punca Pernafasan Berbau Busuk
Faktor utama ialah disebabkan
sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa makanan yang tidak dibersihkan
sepenuhnya akan mula mereput dan menyebabkan nafas kita berbau. Masalah pada
gusi seperti gusi bengkak atau terluka juga menjadi punca mulut berbau kerana
bahagian tersebut dijangkiti kuman.
Begitupun,
penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas
berbau. Disebabkan itu juga dinasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas
berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh
diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul
atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.
"Bagi
mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung,
sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah
pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca
daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.
Tonsil Stone Punca Pernafasan Berbau Yang Ramai
Tidak Sedari!
Ramai tidak menyedari masalah pernafasan berbau
mereka adalah berpunca oleh TONSIL STONE. Ianya merupakan kumpulan dari sel
lekosit/bakteria,sel mati, epitel dan sisa makanan yang terperangkap di celah
lekukan tonsil.
Kehadiran tonsil stone selalu dialami oleh mereka
yang berulang kali mengalami jangkitan pada tonsil. Tonsil stone boleh dihindari
dengan memastikan rutin mengosok gigi yang betul. Tidak bermakna anda perlu
kerap mengosok gigi tapi pastikan mengumur mulut selepas makan dan juga
mengunyah chewing gum tanpa gula.
Tonsil stone ini boleh dihilangkan dengan
penggunakan laser di hospital pakar. Tapi ianya boleh dilakukan dirumah dengan
menggunakan putik kapas atau kerap berkumur dengan air garam.
Jadi selesaikan masalah pernafasan berbau dengan
segera. Takde lah kawan-kawan atau ahli keluarga terpaksa menahan nafas semasa
berborak dengan anda lagi.. :)
0 comments:
Post a Comment